
Tapi di negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya, pendekatan seumpama ini telah menjadi sebahagian daripada tradisi politik negara-negara tersebut.
Dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, PAS adalah parti politik yang paling ke depan dalam soal berkempen melalui hiburan.
Penghijrahan beberapa personaliti terkemuka muzik tanahair seperti Iwan, Aishah, Abby Abadi, Sham Kamikaze dan lain-lain ke dalam parti tersebut, digunakan sepenuhnya oleh PAS untuk mempromosikan parti itu sebagai parti orang muda dan mampu sealiran dengan perkembangan dunia hiburan semasa.
Tidaklah terkongkong dengan fahaman Islam yang sempit dan ketinggalan zaman.
Lebih jauh dari itu, PAS turut menamakan penyanyi Aishah sebagai calon mewakili parti tersebut di Parlimen Jempol. Walaupun mendapat tentang PAS kawasan itu yang terlebih dahulu mengumumkan Ketua Pemudanya sebagai calon, tapi populariti Aishah yang dikecap sewaktu masih aktif sebagai penyanyi, mengatasi Mohd Fairuz Mohd Isa yang tidak begitu dikenali.
0 comments:
Post a Comment