Masih ingatkah lagi anda dengan Bobo yang popular dengan video ‘lip-sync’ serta tarian tersendirinya mengikut alunan melodi lagu Sayang dendangan penyanyi seberang, Shae.
Baru-baru ini, krew pagi radio Era FM, Johara telah mempelawa Bobo untuk tampil sebagai tetamu undangan bagi memeriahkan rancangan pagi mereka.
Johara yang terdiri daripada tiga penyampai popular iaitu Johan, Haniff dan Ray telah bergabung bersama Bobo untuk menghasilkan sebuah video parodi yang merangkumi ketiga-tiga lagu popular seperti Teman Pengganti, Sayang dan Bosan.
Bermacam ragam dan gaya yang ditonjolkan mereka berempat sekali gus mampu mengeletek hati anda apabila menonton video ini.
Sejak dimuat naik di laman Youtube empat hari lalul, video ini telah berjaya mencatatkan sebanyak 286,366 jumlah tontonan!
Nampaknya fenomena Bobo masih lagi kuat dan tidak mustahil peminatnya juga sudah bertambah dari hari ke sehari.
Itulah penangan apabila menjadi artis segera di laman sosial seperti Youtube dan tidak mustahil Bobo boleh dicalonkan dalam kategori Artis Baru Popular bagi majlis Anugerah Bintang Popular tahun depan pula kan..
Mana tahu kan?