
YBPKM melalui satu kenyataan media memberitahu, forum bertajuk “Meningkatkan Kualiti Kehidupan Anda” itu akan berlangsung di Impiana Hotel Ipoh, Perak.
“Forum Pesakit kali Ke-10 ini akan bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. Forum sehari ini memberi banyak kebaikan kepada pesakit dialisis, keluarga dan penjaga mereka.
“Melalui forum ini mereka dapat memahami penyakit buah pinggang, kriteria permohonan subsidi dan bantuan kewangan serta cara meningkatkan kualiti kehidupan diri,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, wakil beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Kebajikan Negara dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dijadual menjadi penceramah forum berkenaan.
Justeru, kata kenyataan itu, orang ramai yang berminat mengambil bahagian dalam Forum Pesakit diminta menghubungi talian 03-7954 9048 sambungan 203/226 untuk membuat pendaftaran.
0 comments:
Post a Comment