
Nama pelakon siri Oh My English!, Zain
Saidin tiba-tiba menjadi hangat apabila dia dikatakan bersikap biadap
dan kurang ajar terhadap juri-juri yang mengadili program Masterchef
Selebriti Malaysia 2 (MSM 2) seperti yang disiarkan pada Ahad lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Zain menjelaskan kepada Sinar Harian;
” Saya dipergunakan dan
dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh
‘real’, separuh drama. Namun, kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan
kelantangan saya menyerlah,”
Selain itu, pelakon kacukan
Melayu-Inggeris itu juga mendedahkan bahawa dia didesak oleh pihak
produksi untuk menyertai sekali MSM 2 kerana kisah percintaannya Rozita
Che Wan atau Che Ta yang juga menjadi salah seorang peserta program
tersebut.
“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana
saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah
percintaan saya bersama Che Ta,” jelasnya.
Zain juga berkata dia kini sudah berbaik
dengan ketiga-tiga juri tersebut iaitu Chef Joe, Chef Zubir dan Chef
Adu dan dia juga tidak kisah dengan tanggapan serta pandangan masyarakat
mengenai dirinya selepas melihat episod ‘panas’ itu.
0 comments:
Post a Comment