
ALOR SETAR – Seramai 13 murid Sekolah
Kebangsaan Seberang Perak di Kuala Kedah keracunan makanan pagi Selasa
setelah mengambil makanan yang disediakan pihak kantin.
Mereka yang makan semasa waktu rehat
pada 11 pagi mengadu sakit kepala, sakit perut dn muntah dan dikejarkan
ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini serta dimasukkan ke Unit Kecemasan
dan Trauma.
“Semua pelajar berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan,” kata Pengarah hospital itu, Datuk Dr Juita Ghazalie.
Nur Faezah Ahmad Saad, 12, berkata dia
dan rakan-rakanya makan laksa dan nasi lemak sebelum mereka merasa
pening dan loya ketika masuk semula ke kelas.
“Waktu Cikgu mengajar, tiba-tiba perut
dan kepala saya rasa sakit. Saya bagitau Cikgu dan lepas itu cikgu bawa
saya ke dewan untuk disapu minyak angin,” katanya.
Cikgu Rosbariah Idrus berkata pada
mulanya seorang sahaja murid mengadu sakit perut dan kepala sebelum dia
membantu murid itu dengan menyapu minyak angin.
“Lepas itu makin ramai yang mengadu
sakit. Saya terus lapor ke pentadbiran sekolah sebelum mereka
menghubungi ambulans untuk membawa murid-murid ke hospital,” katanya.
0 comments:
Post a Comment