
INDIA – Pemegang rekod dunia, Sailendra
Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di
Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire.
Roy, dikatakan tergantung di udara
selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada
paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.
Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia.
Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang.
Namun mereka tidak menyedari Roy
berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan
dan tepukan daripada orang ramai.
Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal dunia.
Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.
Roy merupakan pemegang Guinness World
Record kerana berjaya bergerak paling laju pada jarak 270 kaki dengan
zip wire diikat pada tocang rambutnya.
Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut pada jarak 2.5 meter, tahun lepas.
0 comments:
Post a Comment