
Menurut beliau, mungkin apa yang disuarakannya kat laman Facebook itu dilihat terlalu lantang hingga akaunnya digodam.
” Saya bersuara atas tiket saya ini rakyat biasa, saya menyokong sistem yang ada sekarang dan saya gembira dengan sistem sekarang,” katanya ketika ditemui Mynewshub di sini, pagi ini.
Video yang dimuat naik oleh pelakon ini menjadi kontroversi selepas dia dikatakan mengutuk kepimpinan pihak pembangkang serta mendapat respons daripada pelbagai pihak yang nyata tidak senang dengan tindakannya itu.
Pelakon kelahiran Bentong, Pahang ini juga berharap sistem pemerintahan sekarang tidak akan bertukar tangan kerana melihat kemajuan dan kejayaan negara yang telah dibentuk oleh kerajaan yang mentadbir negara selama ini.
Malah, Azhar juga mengatakan segala pandangan terbukanya mengenai dunia politik tempatan adalah di atas kemahuannya sendiri tanpa didesak atau dibayar oleh mana-mana pihak.
” Setiap orang ada pendirian dia, mengapa mereka melakukan sesuatu. Tiada orang bayar saya, saya berjuang atau apa yang saya suarakan, atas dasar saya sendiri.
” Saya jentik isu itu supaya orang berfikir, saya tak kutuk Pakatan Rakyat, saya tak kutuk macam mana mereka kutuk saya.
” Pada permulaannya, makan dalam (segala tohmahan diterima) tapi selepas seketika, saya dah tahu macam mana nak berhadapan dengan isu sebegini,” jelasnya lagi.
Azhar juga berkata beliau akan terus menyuarakan pandangan dan sokongannya secara terbuka seperti mana yang dilakukannya sebelum ini.
” InsyaAllah, saya akan keluarkan satu atau dua lagi video. Tunggu saja apa tindakan saya seterusnya.
” Awak halang saya bersuara kat Facebook, takpe. Its okay, tapi awak tak boleh halang saya daripada menyuarakan pendapat dan pandangan saya kepada masyarakat umum mengikut saluran lain,” tegasnya.
Oleh: JULIANA JOHAR
0 comments:
Post a Comment